Trip kayuhan Danau
Toba - part 1
01/02/2019 – 07/02/2019
"wei
mana? jom lah gerak mana-mana, dah lama tak ada trip ni woi, jem dah ni"
Ayat keramat ni selalunya memang jarang la gagal
membuahkan hasil idea-idea bangang. Plan ini mula-mula aku saja la petik jom
pergi travel satu tempat ni, dekat mana ntah lupa dah sebab memang main bedal
ja petik, bukan nak sangat pun, idea backpack biasa-biasa gitu ja sebab cuti
pon tak lama. Petik tu bukan sebab apa, kau kalau nak start keluarkan idea-idea
bernas dari kawan-kawan ni kita kena bukak pintu jalan sikit, kau cakap je nak
gerak mana-mana, bakar line sikit, lepas tu confirm kalau idea bersahaja kau tu
tak berapa menarik. Haa mula la neuron-neuron, sel-sel otak member sekepala kau
akan berlumba-lumba bagi idea lain. Haa itu cara dia kahkahkah…
So si Pai pun up satu trip, " tak yah la tak
padu la backpack, macam gini !!! kita gerak kayuh pusing Lake Toba, confirm padu punya, gerak naik feri ikut Port Klang,
kayuh pusing-pusing, lepas tu balik naik flight Medan " so oyeahhh otak-otak member yang
sememangnya malas anjir nak plan trip pon menari la ikut irama lonjak gembira
huhahuha boom!! menghantar insyarat kepada mulut bercakap " hahhh
mareyyy"….
Sapa punya idea dia la kepala, so automatic Pai
kepala trip merangkap planner terhormat. So yang lain-lain follow saja apa
decision yang ada. baru la boleh mula cari info prepare barang apa yang patut,
nak redah satu trip tu jangan ego satu macam konon nak jadi orang yang paling
power la konon-kononnya, tenang anak muda, tu kau punya trip, tak payah ego, yang
penting enjoy. so jangan nak gamble 100%, melainkan kau punya duit berkoyan-koyan
dan kau tak terikat langsung dengan kerja haa baru boleh kau gamble gila
babeyyy punya, nak bawak sehelai sepinggang pun tak apa, janji kad kredit on.
Proses cari info ni epic jugak sebenarnya. Tetap tarikh
apa yang patut, terus planning route. Cerita planning route ni pun dah tak tahu
berapa kali tukar pun tak tahu la. Sebab satunya susah nak dapat info tempat
nak pergi tu sebab memang kawasan kampong,nak kejar flight balik lagi, memang kena
pikir semua worst case scenario.
Nak dijadikan cerita si Ted boleh pulak kenal
dengan Wak tourer lagend mana ntah kat facebook dan dia dok Klang. Aku, Pai
dengan Ted siap gerak Klang lagi kot lepas kerja, pergi jumpa nak cedok info
punya pasal, sbb memag clueless sikit nak plan, tak Nampak jalan. Lepak-lepak sembang
hamka sikit, pekena kopi 2,3 cawan dapat habis jawapan semua soalan, memang
bebaloi. Borak punya borak, sampai tengah malam, kami pun gerak balik, excited
punya pasal pagi-pagi buta tu jugak singgah kedai tomyam mana ntah, terus
reroute balik apa yang patut, atas tissue kedai tu jugak la aku sketch peta
buat kira-kira sikit, estimate berapa km/day perlu kayuh, nak berhenti tidur
dekat mana apa semua lah. Benda planning kasar-kasar ja, bagi ada reference
omputih kata. Ikut tak ikut tu lain cerita.
Yang paling ralat sekali sebenarnya dekat transport
starting tu la, sebab plan asal kami daripada nak naik feri di Port Klang turun
Tangjung Balai dah terpaksa tukar ke naik flight KLIA 2 turun ke Airport
Silangit. Semua ni sebab semasa CNY, terminal feri pun tutup juga maka
berselang seli makan megi la bulan tu nak beli tiket flight yob. Jiwa punya
pasal apa ada hal…